Resepi Tanah Campuran Dengan Menggunakan Tanah Hitam Sawit

RESEPI TANAH HITAM SAWIT


Nak Pokok Gemuk-Gemuk?
Rahsia untuk pokok subur adalah tanah yang subur. 



Rahsianya ada terdapat pada tanah hitam sawit.


Contoh tanaman subur yang menggunakan Tanah Hitam Sawit sebagai salah satu medium.


Apa itu Tanah Hitam Sawit?


Tanah hitam sawit ialah sejenis tanah hasil mendapan sawit dari kolam kumbahan kilang kelapa sawit dan ia merupakan tanah subur untuk bercucuk tanam. Ia juga dikenali dengan nama 'Palm Oil Mill Effluent' dengan singkatan POME. 

Tanah sawit hitam boleh membantu mengatasi masalah nutrisi dalam penanaman pokok kerana di dalam tanah hitam sawit ini terkandung banyak bahan organik (Organic Matter) yang bertindak seakan-akan kompos kesannya terhadap tanaman.  


Tanah Hitam Sawit adalah mendapan dari Kolam Kumbahan Kilang Kelapa Sawit



Apakah kelebihan dan kebaikan tanah sawit hitam ini? 

Antara kelebihan dan kebaikan yang utama adalah kerana tanah ini mampu menyuburkan tanaman anda secara semulajadi, ia mengandungi khasiat bahan organik yang terurai dari masa ke semasa memberi unsur N, P, K dan pelbagai unsur sekunder yang lain. Kaya dengan zat dan mineral dan ini amat diperlukan untuk tumberasan dan perkembangan tumbuhan dan tanaman anda.

Selain itu kebaikkannya adalah pada ciri-ciri tanah ini mampu menyimpan air dan sentiasa lembab. 

Antara yang lain faktor baja, tanah juga memainkan peranan penting yang membuatkan tanaman anda segar dan sihat.  

Bagi yang gemar bercucuk tanam, pastinya anda akan memilih tanah yang baik dan mampu menyuburkan tanaman dan membuatkan  tanaman anda “gemuk” dan sihat, disamping membantu pertumbuhan daun yang lebar serta pembentukkan bunga dan buah tanaman.


Siapa yang tidak suka apabila melihat tanamannya subur dan gemuk


Resepi Tanah Hitam Sawit


Di sini saya kongsikan beberapa resepi tanah campuran yang menggunakan Tanah Hitam Sawit sebagai salah satu medium bagi tanaman sayur dan pokok.

Ada beberapa cara penggunaan tanah sawit hitam ini iaitu dengan mencampur dengan tanah lain atau medium lain untuk proses penyemaian tanaman. 

Ini post kawan saya di facebook.
''
Dia ada kongsi dengan saya ramuan resepi untuk tanah campur yang sesuai utk tanaman sayur dirumah.

Tanam pakai polibeg saja pun dah cukup.


Resipi Medium Tanah Hitam Sawit untuk Tanaman (Sayur Kobis)

Bahan-bahan

Tanah Hitam Sawit, Topsoil, Pasir, Tahi Kambing

4:1:1:1

4 bahagian Tanah Hitam Sawit
1 bahagian Top Soil
1 bahagian Pasir / Sekam Mentah / Sekam Bakar
1 bahagian Tahi Kambing


Ada juga yang berkongsi resepi campuran tanah yang sesuai untuk tanaman pokok di dalam pasu.


Resipi Medium Tanah Hitam Sawit untuk Tanaman Pokok Buah/ Pokok Bunga dalam pasu

Bahan-bahan

Topsoil, Tanah Hitam Sawit, Pasir, Kompos, Tahi Kambing

8:4:2:1:1

8 bahagian Top Soil
4 bahagian Tanah Hitam Sawit
2 bahagian Pasir / Sekam Mentah / Sekam Bakar
1 bahagian Kompos
1 bahagian Tahi Kambing

Campuran ini bagi saya agak seimbang, hasilnya tanah ini mempunyai tekstur yang cantik, keupayaan memegang air cukup dan keporosan terhadap air juga seimbang.

Dan sekiranya ketiadaan bahan seperti kompos atau tahi kambing.

Tuan-puan boleh saja menggunakan resepi seperti ini


Resipi Medium Tanah Hitam Sawit (Tanpa Kompos dan Tahi kambing)

Bahan-bahan

Topsoil, Tanah Hitam Sawit, Pasir

3:2:1
3 bahagian Top Soil
2 bahagian Tanah Hitam Sawit
1 bahagian Pasir / Sekam Mentah / Sekam Bakar

2:2:1
2 bahagian Top Soil
2 bahagian Tanah Hitam Sawit
1 bahagian Pasir / Sekam Mentah / Sekam Bakar

2:3:1
2 bahagian Top Soil
3 bahagian Tanah Hitam Sawit
1 bahagian Pasir / Sekam Mentah / Sekam Bakar

Boleh cuba 3 resepi ini mengikut kesesuaian tanaman tuan-puan.




Pembekal Tanah Hitam Sawit Selangor & Kuala Lumpur


Sekiranya tuan-puan berminat untuk mendapatkan pembekalan Tanah Hitam Sawit.

Kami ada menyediakan perkhidmatan pembekalan Tanah Hitam Sawit rumah ke rumah bagi kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur

Tanah Hitam Sawit disusun untuk penghantaran dan pembekalan kepada pelanggan di Selangor & Kuala Lumpur
Tanah Hitam Sawit disusun untuk penghantaran dan pembekalan kepada pelanggan di Selangor & Kuala Lumpur


Kami adalah Pembekal Tanah Hitam Sawit Selangor Kuala Lumpur dan Seremban yang menyediakan penghantaran tanah ke rumah bagi memudahkan tuan-puan berkebun.

Harga Tanah Hitam Sawit yang dibekalkan adalah RM 10 untuk satu beg 10kg.
Bagi Pembelian 100 kg ke atasTanah Hitam Sawit RM 9 untuk satu beg 10kg.

Caj Penghantaran untuk KL, Selangor dan Seremban

RM 48 bagi 200kg yang pertama
Setiap 100kg tambahan Caj RM 10


atau Tuan/Puan boleh terus datang ke tempat kami.

TanahOrganik.com
Lot 771 Dusun Tua
Batu 16
Hulu Langat Selangor

Google Map
TanahOrganik.com

Call / Whatsapp: +60192222726 (Click Whatsapp)
(Ufairah Pembekal Tanah Hitam Sawit Selangor & Kuala Lumpur)



Comments

Popular posts from this blog

Tanah Hitam Sawit Delivery Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban